*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Tuesday, February 28, 2012

WARIS : Pertambahan kenalan waris WMS

Assalamuaikum WBT :

Hari ini aku membuka kantung email. Ada email yang agak menarik. Email ini juga menjelaskan masih kedapatan waris WMS yang belum ditemui. Ruangan maya juga adalah salah satu saluran untuk temui waris WMS. Alhamdulillah.

Aku memanjatkan doa kepada yang Esa agar dipertemukan dengan waris-waris WMS. Pertemuan ini akan cuba menyelongkar salahsilah yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak. Mana mungkin pihak Persatuan Sejarah Kedah untuk berusaha ke arah itu kerana tiada apa-apa kepentingan untuk tindakan tersebut. Begitu juga dengan orang lain yang tiada kaitan dengan waris WMS untuk membuat salasilah waris WMS. Mana mungkin..! Melainkan waris WMS sendirilah yang harus berusaha dan bersatu untuk merungkai waris WMS.



Terima kasih Sdra Zakaria Man yang menghubungi aku menerusi email. Diharapkan kita ada rezeki untuk ketemu suatu hari nanti. InsyaAllah, semoga Allah SWT perkenankan niat yang suci ini. Amin.

Dikhabarkan bahawa Sdra Zakaria ini adalah anak saudara Tok Hanafi.

Lantaran itu, dengan penuh harapan tinggi menggunung, mana-mana waris WMS lain yang berada serata di ceruk-rantau agar kita dapat bertaut suatu hari nanti. InsyaAllah...

Saturday, February 18, 2012

Pertubuhan Kerabat Sharif Shah : Aku ikuti perkembangannya...

Hari ini aku melihat gambar-gambar beberapa tahun lalu sewaktu penerokaan Kisah Wan Mat Saman. Terdapat juga beberapa keping gambar kisah Pertubuhan Kerabat Sharif Shah di Kedah yang membuat 'jelajah' untuk sesi penerangan dan penjelasan. Pertubuhan ini mengadakan perjumpaan di Kedah (Rumah PakKu Sobri - aku terlupa nama kawasan kampung itu).




Hasil usaha 'jelajah' pertubuhan ini telah membuktikan beberapa perkembangan dan keutuhan pertubuhan tersebut. Hari ini aku menerima panggilan telefon daripada saudara di Kedah berkaitan pertubuhan itu. Beberapa item yang telah berjaya dilaksanakan ialah t-shirt, topi, baju korporat, 'crown' dan sticker serta kad keahlian telah siap. Sejumlah bayaran perlu dibuat.

Tahniah, aku ucapkan kepada jawatankuasa Pertubuhan Kerabat Sharif Shah yang telah berjaya hingga ke tahap ini. Makanya, aku membuat sedikit kajian di internet berkaitan Pertubuhan itu. Ada juga kisah perjumpaan ahli-ahli pertubuhan tersebut dalam Harian Metro. Berkemungkinan besar Pertubuhan Kerabat Sharif Shah ini belum memasuki fasa alam maya. InsyaAllah, berkemungkinan Pertubuhan ini akan terus mengorak langkah untuk ke arah ICT.

*******

POKOK SENA: Lebih 300 ahli Pertubuhan Kerabat Sharif Shah (PKSS) dari seluruh negara mengadakan perjumpaan di Kampung Kepala Bendang, sempena Aidiladha, baru-baru ini.

Perjumpaan yang diadakan di rumah seorang ahli jawatankuasa pertubuhan itu, Ayob Saad, adalah kali kedua sejak enam bulan lalu di tempat sama.


Timbalan Pengerusi PKSS, Morad Daud, 64, berkata, mereka yang hadir ke perjumpaan itu ialah generasi keenam dan ketujuh Sharif Shah, gabenor keturunan Melayu dari Selatan Thailand yang memerintah wilayah Nakhon Sithamarat, Thailand, pada penghujung abad ke-18.

Morad berkata, Sharif Shah hanya mempunyai lima anak lelaki iaitu Koya Long, Koya Ngah, Koya Shuib, Koya Naichau dan Koya Fai.

“Terdapat kira-kira 4,000 keturunan Sharif Shah yang tinggal di merata tempat termasuk di Perak, Selangor, Kelantan, Perlis dan Kedah,” katanya.

Morad berkata, majlis itu diadakan untuk mengumpulkan waris dan susur galur keluarga Sharif Shah dari seluruh negara, selain untuk mengeratkan silaturahim di antara mereka. Menurutnya, bagi waris yang ingin menyertai PKSS boleh menghubungi setiausahanya, Khamis Ahmad di talian 019-5638253.

Sumber : Harian Metro

Thursday, December 9, 2010

JURAI WMS : Satu Jurai Wan Mat Saman untuk disingkap

09.12.10 - Khamis

Salam sejahtera buat semua pembaca.

Hari ini, facebook aku terbuka tanpa aku di sisi laptop. Ada banyak chat yang terbuka. Malangnya, semua yang bertanyakan khabar telah offline. Agak sukar untuk aku membalas sapaan mereka kerana aku baru menjenguk laptop. Sedih sekali..

Aku agak terharu dengan seseorang yang memiliki semangat jitu dalam merungkai warisan merentasi sempadan. Kami juga berkenalan menerusi internet. Beliau juga telah bertandang dan menjengah TokWan Hanafi di Sik, Kedah. Beberapa persoalan dalam kepala kami adalah sama. Tetapi kami agak sukar rungkaikan beberapa elemen selagi belum cukup bukti-bukti yang sahih akan apa yang telah kami bincangkan.

Oleh itu, inilah sedikit catatan dalam chat di Facebook aku.

Salam, Dah dapat salasilah kami... uhu
Nanti kita boleh compare dan slot in mana yang hilang.
Kak S... tak leh nak chat today very busy, just to info you...

Terima kasih Kak S. Semoga kita akan ditemukan dengan keredhaanNya.. InsyaAllah.
Saya yakin kita akan ditemukan suatu ketika nanti...

Wednesday, December 1, 2010

RAWANG : Waris Wan Mat saman

01.12.2010 : Rabu

Alhamdulilah. Hari ini aku masih lagi dalam kawasan negeri Perak walaupun bukan berada di Tanjung Malim. Pagi-pagi lagi lebih kurang jam 9.00 pagi, hp Miss Berry aku berdering. Salam perkenalan bertukar kepada salam persaudaraan.

Hasil daripada entri lepas berkaitan TokWan Hanafi, anak Wan Mat Saman yang masih hidup (klik di sini) menyatakan bahawa hanya beliau dan adiknya sahaja yang masih hidup. Aku masih belum dapat membuat susunan jurai adik beradik TokWan Hanafi. Setakat itu saja yg diketahui.

Apabila difikirkan, pastinya masih ada lagi waris-waris Wan Mat Saman yang lain di serata tempat. Atas dasar itulah, Allah telah membuka ruang kepada waris-waris Wan Mat Saman yang di merata-rata tempat mula mencari sesama saudara. Aku percaya akan itu. InsyaAllah, ini semua kerana Allah SWT telah mengerakkan hati nurani waris-waris Wan Mat Saman untuk ketahui situasi yang sebenar berasaskan penceritaan lisan ibu bapa/datuk-nenek masing-masing.

Lantaran itu, waris WMS dari Rawang telah menghubungi aku pagi tadi. Perbualan dalam telefon agak rancak kerana perkongsian maklumat yang agak menarik. Ini kerana beliau mengenali TokWan Hanafi dan telah berkali-kali menemuinya di Kedah. Katanya, datuk beliau adalah juga anak WMS yang telah keluar dari Kedah dan ada kaitan dengan TokWan Hanafi. "Abang" TokWan Hanafi, katanya.

Aku lebih meminta saudara yang menghubungi aku itu mmebuatkan jurai salasilahnya hingga bertemu..siapakan isteri Wan Mat Saman di sebelah jurainya. Perbincangan kami terhenti apabila panggilan terputus. Semoga kami akan ketemu suatu hari nanti.. InsyaAllah, hanya Allah lebih ketahui segala-galanya.


Saturday, November 27, 2010

BERTEMU : Anak Wan Mat Saman - Siri 2

Jemputan perkahwinan ke Kpg Lubuk Boi, Yan, Kedah pada 22.11.2010 (Isnin) adalah langkah mula perkenalan kami dengan anak Wan Mat Saman yang masih hidup. Kami memanggilnya TokWan Hanafi. Berumur 100 th lebih. Perlbagai ceritera dapat disingkap.

Kami memulakan perjalanan ke Kpg Lubuk Boi pada 21.11.2010 (Ahad). Sepanjang perjalanan adalah melalui highway dan turun di Tol Gurun untuk ke Kampung Lubuk Boi, Yan, Kedah. Untuk ke kampung tersebut, pasti akan melalui kaki Gunung Jerai. Sempat beberapa gambar diambil dan singgah sembahyang jamak di surau kawasan itu.

Papan tanda di Kaki Gunung Jerai.

Batu tanda kenangan pembinaan Terusan Wan Mat Saman di Kedah.

Amirul dan Amira yang sedang memerhati gelagat adiknya bermain buaian

Kami meneruskan perjalanan ke Kpg Lubuk Boi apabila menerima panggilan untuk ke sana segera. Beberapa orang di sana sedang menanti aku untuk menjemput TokWan Hanafi di Sik, Kedah. Tiba di rumah Makcik Embon di Kpg. Lubuk Boi, kami bergegas untuk ke Sik pula. Tak sempat aku nak menjamah meehoon yang terhidang di atas meja. Hehehhe. Cargass...

TokWan Hanafi
(anak Wan Mat Saman)

Pengantin dua sejoli

Cikgu Saad dan isterinya dr Alor Setar

Ramli & Farah dr Jitra

Cucu menakan aku yang pandai bergaya..hehhe

Bersembang2 sambil mencatat sesuatu.

Azlan, TokWan Hanafi dan Azian


Keluarga Pantai Remis bergambar bersama TokWan Hanafi.

Azian bersalaman dengan TokWan Hanafi.

Aziah bersalaman dengan TokWan Hanafi.


Berbual dan bercerita dengan
Tengku Zainol Rashid, YDP PKDK (Persatuan Kerabat Diraja Kedah)

Berbual dengan waris saudara yang baru dikenali. Alhamdulillah.

Azlan sedang berbual dengan Zainol Rashid (Kuala Ketil -berbaju oren)
dan Tok Banda (Sik- berbaju hijau)

Bergambar dengan saudara-mara yang bari ditemui. Alhamdulillah.

Daaaa..dah nak balik ke Perak semula..

Wednesday, November 10, 2010

BERTEMU : Anak Wan Mat Saman

Sebagaimana seperti yang dirancang dan jika tiada aral melintang, akan aku temui anak Wan Mat Saman yang dikatakan masih hidup. Beliau berumur lebih 100 tahun. Semoga harapan dan impian ini menjadi kenyataan. Jika benar, adakah beliau Tok Menakan aku? Wallahualam.. Hanya Allah lebih ketahui segalanya..

Semoga awal percutian minggu persekolahan (akhir Nov 2010) ini menjadi lebih bermakna. Pastinya aku akan berceloteh panjang untuk menghurai dan merungkai warisan merentasi sempadan. InsyaAllah.

Diharapkan segala perancangan ini mendapat keredhoanNya. InsyaAllah.

Tuesday, September 21, 2010

Waris Keturunan Wan Mat Saman : Sila hubungi

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Wan Mohamamad Saman adalah seorang tokoh besar di Kedah suatu ketika dahulu. Pastinya, ada juga dalam kalangan kita yang pernah mendengar cerita lisan daripada ibu atau bapa, nenek atau datuk kita berkaitan salasilah keluarga sendiri yang ada susur galur berkaitan Wan Mohammad Saman. Cerita lisan itu hanyalah sekadar pemberitahuan dan penyampaian lisan sahaja.

Oleh itu, bagaimanakah untuk kita ketahui apakah cerita lisan yang disampaikan oleh ibu bapa kita, nenek atau datuk kita itu adalah benar atau rekaaan? Bagaimana pula untuk kita meneroka ruang cerita lisan itu di zaman ini.? Mampukah kita membuktikan bahawa jurai salasilah kita itu adalah ada kaitan dengan Wan Mohammad Saman? Bagaimana untuk kita mula meneroka?

Sebagaimana yang diketahui bahawa Wan Mohamad Saman ada memiliki ramai isteri di sepanjang hayatnya. Pastinya warisnya juga ramai dan berada di dalam negara mahupun di luar negara. Namun, bagaimana untuk kita mengenalpasti bahawa benarkah kita warisnya?. Oleh itu, marilah kita kenali jurai warisan dan keturunan. Singkaplah sejarah warisan dan dengan kenali diri sendiri.....Wallahualam..

Langkah-langkah prosedurnya:

Pastikan Sdra/Sdri :

1. Memiliki senaskah jurai berkaitan Wan Mohammad Saman sehingga ke generasi terkini. - disediakan berdasarkan cerita lisan dan masih ada tokoh tertua untuk menceritakannya.

2. Mampu bercerita akan salasilah berkaitan isteri Wan Mohammad Saman yang menjadi tunggak jurai anda.

3. Mampu menjalani dan menghadapi soal-selidik daripada panel penilai - oleh Tengku Zainol Abidin Rasyid (Kuala Ketil, Kedah).

Jika anda telah bersedia akan prosedur di atas, sila hubungi email saya yang tertera di atas. Marilah kita merungkai bersama-sama.

p/s : Harapan saya hanya satu iaitu waris keturunan Wan Moahammad Saman kembali bersatu dan mengenali antara satu sama lain demi mengeratkan silaturahim yang telah lama terputus.

Harapan kita, kita akan kembali bersatu..InsyaAllah...akan tiba masanya. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya... Wallahualam..