*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Tuesday, August 24, 2010

Wan Mohammad Saman : Warisnya telah ditemui..

Ogos 2010 - Pada pertengahan Ogos, aku menerima email drp waris daripada Kedah. Ianya bersangkutan dengan waris Wan Mohammad Saman. Berkaitan itu, aku telah membuat entrinya di sini.

Pada 24 Ogos, hati aku terdetik untuk aku ke Sungai Petani, Kedah. Kenapa dan mengapa, aku sendiri tidak ketahui. Selepas Sahur, aku memaklumkan pada mem Besor bahawa aku akan ke Kedah. Tujuannya ialah untuk aku ketemu dengan pemberi email kepada aku.


Alhamdulillah, jam 2 petang aku tiba di sana. Bertemu dengan Abang Omar. Seterusnya aku dibawa ke rumahnya dan Abang Jan jga tiba tepat masanya. Pada jam 6 petang kami bergerak ke.... (aku dah ingat) untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama dengan waris-waris Wan Muhammad Saman. Ramai lagi waris yang aku ketemui.

Selepas berbuka, mereka menjalankan perbincangan untuk menjayakan Program Hari Raya bersama waris Kerabat Diraja Kedah. Aku sekadar mengikuti perbincangan itu tanpa sebarang kata-kata. Aku lebih berminat ketemu dengan beberapa orang yang dikatakan waris WMS.



Aku dikhabarkan bahawa anak WMS masih hidup dan berumur 100 tahun lebih. Wallahualam. Teringin sungguh untuk aku temuinya..






Rumusan pencarian aku kali ini.

Mereka berhajat merungkai waris kerabat Diraja Kedah yang telah diketepikan. Ramai dalam kalangan mereka yang telah membung gelaran Tengku dan Wan di hadapan nama mereka. Situasi ini berlaku akibat kekecewaan yang berlaku sesama keturunan waris Kedah sejak berzaman lagi.

Atas dasar itulah, mereka telah bergabung semula untuk mengumpul waris kerabat Diraja Kedah sejak kesultanan Sultan Muzaffar lagi. Setakat ini, dikhabarkan waris kesultanan Kedah sejak dulu hingga sekarang terdapat 29 generasi yang telah terpinggir dan diketepikan daripada warisan kerabat Diraja Negeri Kedah. Manakala dikhabarkan tentang keahlian Kerabat Diraja Kedah yang sediaada adalah tidak wajar kerana sebab-sebab tertentu yang tidak wajar dinyatakan di sini.

Berkaitan Wan Mohammad Saman (WMS) pula bukanlah namanya yang sebenar. WMS ada bernama Tengku Sulung yang terpaksa menukar nama akibat menjaga keselamatan dirinya. Manakala dikhabarkan juga bahawa WMS memiliki 7 orang adik beradik. Sejarah yang telah dipamerkan kepada rakyat Malaysia bahawa WMS memiliki 3 orang adik beradik sahaja. Itu adalah catatan sejarah dalam buku-buku yang boleh dibaca oleh setiap orang.

Juga dikhabarkan bahawa Long Jaafar, pembesar di Larut juga ada kaitan dengan WMS. Namun, isu ini aku kuran menarik untuk aku terokai..

Aku menjangkakan itulah hebatnya 'AUTA PENJAJAJH' dalam melakar sejarah negara kita dengan pakatan pemimpin ketika itu demi pangkat dan kuasa. Wallahualam.

Monday, August 16, 2010

MIMPI : Adakah satu realiti?

16.08.10 : Isnin

Salam Sejahtera dan Salam Ramadhan buat semua pembaca..

Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang sangat penting bagi aku dalam tempoh proses pencarian berkaitan 'Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan'. Hari ini seumpama langkah mula untuk terus meneroka dan merungkaikan jigsaw puzzle ini. Aku juga mengalami meremang seluruh badan sewaktu berbicara denagn seseorang hasil menyebut beberapa nama yang agak hebat.

Petang ini, sebelum berbuka, aku menyemak email aku. Mataku terpaku dan tertacap pada email yang ringkas tetapi padat. Aku membaca dengan teliti butiran berkaitan email tersebut. Ringkas dan padat! Aku hubungi nombor berserta nama yang tertera. Aku berbual. Agak mesra orangnya. Ketika ini juga aku meremang seluruh badan. Adakah ada connection berkaitan hal ini. Wallahualam.

"Sebenarnya, nama Wan Mat Saman tu ada nama kedua bagi tokoh yang kita kenal melalui sejarah tu. Nama sebenarnya ialah Tengku XXXXXXX." kata suara itu melalui corong telefon.

"Ishhh... ye ke bang?" tanya aku.

"Masih ada cucu waris Wan Mat Saman. Umurnya 100thn lebih. Matanya masih terang, suaranya masih jelas. Kita akan temuinya nanti. InsyaAllah." Kata suara itu melalui corong telefon.

"Bang, maaf cakap bang. Badan saya meremang seluruh badan ni. Mungkin ada connection yang tidak kita ketahui. Wallahulam." kata aku.

"Saya juga begitu. Seluruh badan juga ni." balas suara di dalam talian.

*******************
Ada beberapa perbincangan yang agak menarik antara kami berdua. Walaupun ringkas, tetapi amat menyentuh kalbu. Ada ebberapa maklumat yang masih aku perlukan untuk terus melangkah dalam penerokaan ini.

Akhirnya, aku teringat akan mimpi aku pada bulan lepas. Mimpi aku akan semakin jelas dengan pengkisahan penerokaan ini. MasyaAllah. Semoga Allah memberi hidayah dan terus membuka ruang-ruang sempit ini agar menjadi lebih luas dan terang. InsyaAllah.