*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Thursday, September 24, 2009

Lokasi Tepat?


Di sini aku memulakan pencarian menggunakan Google Earth Plus 5.0.11733.9347 yang berdaftar. Kononya jadikan software ini original tanpa membelinya sejumlah usd400. Semuanya ada di internet. Bagi sesiapa yang nak mencuba menggunakan software ini, boleh le download DI SINI. Jika dah download, cara nak memasukkan crack untuk menjadikannya original, pandai-pandai le sendiri. Jika perlukan pertolongan, call my handphone atau email di azlanlinn@yahoo.com.


Apabila berpandukan petua lokasi yang berikan oleh waris tertua, aku tampalkan printscreen lokasi daripada hasil penggunaan Google Earth Plus. Inilah dia.

Klik imej ini utk paparan yg lebih besar

Beberapa petunjuk masih diperlukan untuk membuat penerokaan sebenar di kawasan itu agar pencarian lebih terarah. Moga-moga Allah SWT memberi ilham sebelum penerokaan sebenar dilakukan. Insyaallah.

Klik imej ini utk paparan yg lebih besar

Berdasarkan maklumat bumbung merah, ada kemungkinan warna zink yang dah lama. Coklat ke merah-merahan... Erm... maklumat khusus berkaitan nama yang dicari sangat-sangat diperlukan. Insyallah. Penerokaan dari sudut lain akan dilakukan. Insyallah!

Hanya Allah lebih mengetahuinya... Wallahualam.

Perihal Yan

target="_blank"

Yan merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Setar dan 30 kilometer dari Sungai Petani.

Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.

Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah: Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun, Tanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.

Dari Tanjung Dawai, para pengunjung dapat menaiki bot untuk mengelilinggi pulau-pulau dan kawasan sekitar kawasan pantai. Selain itu, para pengunjung juga dapat menaiki bot untuk beriadah di kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda.

Antara pulau tarikan yang terdapat di daerah ini ialah, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsang. Selain daripada itu, terdapat juga perkampungan tradisional yang menarik pelancong, iaitu Perkampungan Sungai Raga serta terdapat juga perkampungan nelayan yang dapat menarik pelancong datang ke daerah ini, iaitu Tanjung Dawai, Pulau Sayak, dan Telok Nipah.

Di daerah ini juga terdapat hutan-hutan lipur dan reakreasi yang menarik dengan kawasan air terjun yang boleh dijadikan kawasan beriadah. Antara hutan lipur yang terdapat di daerah ini ialah:

1. Hutan Lipur Gurun Kuari
2. Hutan Lipur Perigi
3. Hutan Lipur Sungai Teroi
4. Hutan Lipur Sungai Kunyit
5. Hutan Lipur Sungai Badak (lebih dikenali dengan Hutan Lipur Batu Hampar)
6. Hutan Reakreasi Sri Perigi
7. Hutan Rekreasi Batu Hampar
8. Teroi Dee Tok Chen Lubuk Kawah

Oleh yang demikian, daerah Yan merupakan satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dan beriadah bersama keluarga. Ini adalah kerana daerah ini mempunyai kawasan alam semulajadi yang indah, iaitu kawasan laut (pantai) yang indah, kawasan air terjun, sungai, gunung dan perkampungan Melayu yang belum pernah diubah.

Maklumat lainnya ada di sini.

ADUN

Dato’ Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail

(ADUN Guar Chempedak)

Pejabat UMNO Bahagian Yan

No. 182, Bangunan UMNO

(Bahagian Yan)

08800 Guar Chempedak

Kedah.

04-4687402

Profil Daerah Yan. Klik di sini.

Mukim Yan


Mukim Yan

  • Keluasan Mukim 7,336 hektar

  • Kawasan penempatan utama iaitu Guar Chempedak, Yan Besar, Yan Kechil, Sungai Udang, Kampung Acheh, Kampung Raga dan Kampung Ruat.

Penghulu Mukim Yan

Encik Zulkhairi Bin Abd. Majid (012-4860684)

Pejabat Penghulu Mukim Yan,
06900 Yan,
Kedah Darul Aman.

Permulaan Langkah

Entri ini dibina khas untuk Projek BH. Projek BH adalah singkatan ikut pemahaman aku untuk Projek Bai'at Hierarki. Projek ini khas bagi pencarian semula waris terdekat sebelah arwah mak (Tok Mat Isa) yang telah terputus sekian lama.

Fokus lokasi ialah Yan Kecil dan Kpg Sg Udang. Pencarian salasilah sedang giat dilakukan untuk mengumpul semula saudara-mara demi menghubung kembali salasilah yang terputus. Itulah dinamakan Projek Bai'at Hierarki.

Sasaran"dekat simpang terus dr Yan Kecil dengan Kpg Sungai Udang, masuk sebelah kanan, bumbung rumah merah", kata waris tua yang masih ada.


Lokasi umum