*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Tuesday, February 28, 2012

WARIS : Pertambahan kenalan waris WMS

Assalamuaikum WBT :

Hari ini aku membuka kantung email. Ada email yang agak menarik. Email ini juga menjelaskan masih kedapatan waris WMS yang belum ditemui. Ruangan maya juga adalah salah satu saluran untuk temui waris WMS. Alhamdulillah.

Aku memanjatkan doa kepada yang Esa agar dipertemukan dengan waris-waris WMS. Pertemuan ini akan cuba menyelongkar salahsilah yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak. Mana mungkin pihak Persatuan Sejarah Kedah untuk berusaha ke arah itu kerana tiada apa-apa kepentingan untuk tindakan tersebut. Begitu juga dengan orang lain yang tiada kaitan dengan waris WMS untuk membuat salasilah waris WMS. Mana mungkin..! Melainkan waris WMS sendirilah yang harus berusaha dan bersatu untuk merungkai waris WMS.



Terima kasih Sdra Zakaria Man yang menghubungi aku menerusi email. Diharapkan kita ada rezeki untuk ketemu suatu hari nanti. InsyaAllah, semoga Allah SWT perkenankan niat yang suci ini. Amin.

Dikhabarkan bahawa Sdra Zakaria ini adalah anak saudara Tok Hanafi.

Lantaran itu, dengan penuh harapan tinggi menggunung, mana-mana waris WMS lain yang berada serata di ceruk-rantau agar kita dapat bertaut suatu hari nanti. InsyaAllah...

Saturday, February 18, 2012

Pertubuhan Kerabat Sharif Shah : Aku ikuti perkembangannya...

Hari ini aku melihat gambar-gambar beberapa tahun lalu sewaktu penerokaan Kisah Wan Mat Saman. Terdapat juga beberapa keping gambar kisah Pertubuhan Kerabat Sharif Shah di Kedah yang membuat 'jelajah' untuk sesi penerangan dan penjelasan. Pertubuhan ini mengadakan perjumpaan di Kedah (Rumah PakKu Sobri - aku terlupa nama kawasan kampung itu).




Hasil usaha 'jelajah' pertubuhan ini telah membuktikan beberapa perkembangan dan keutuhan pertubuhan tersebut. Hari ini aku menerima panggilan telefon daripada saudara di Kedah berkaitan pertubuhan itu. Beberapa item yang telah berjaya dilaksanakan ialah t-shirt, topi, baju korporat, 'crown' dan sticker serta kad keahlian telah siap. Sejumlah bayaran perlu dibuat.

Tahniah, aku ucapkan kepada jawatankuasa Pertubuhan Kerabat Sharif Shah yang telah berjaya hingga ke tahap ini. Makanya, aku membuat sedikit kajian di internet berkaitan Pertubuhan itu. Ada juga kisah perjumpaan ahli-ahli pertubuhan tersebut dalam Harian Metro. Berkemungkinan besar Pertubuhan Kerabat Sharif Shah ini belum memasuki fasa alam maya. InsyaAllah, berkemungkinan Pertubuhan ini akan terus mengorak langkah untuk ke arah ICT.

*******

POKOK SENA: Lebih 300 ahli Pertubuhan Kerabat Sharif Shah (PKSS) dari seluruh negara mengadakan perjumpaan di Kampung Kepala Bendang, sempena Aidiladha, baru-baru ini.

Perjumpaan yang diadakan di rumah seorang ahli jawatankuasa pertubuhan itu, Ayob Saad, adalah kali kedua sejak enam bulan lalu di tempat sama.


Timbalan Pengerusi PKSS, Morad Daud, 64, berkata, mereka yang hadir ke perjumpaan itu ialah generasi keenam dan ketujuh Sharif Shah, gabenor keturunan Melayu dari Selatan Thailand yang memerintah wilayah Nakhon Sithamarat, Thailand, pada penghujung abad ke-18.

Morad berkata, Sharif Shah hanya mempunyai lima anak lelaki iaitu Koya Long, Koya Ngah, Koya Shuib, Koya Naichau dan Koya Fai.

“Terdapat kira-kira 4,000 keturunan Sharif Shah yang tinggal di merata tempat termasuk di Perak, Selangor, Kelantan, Perlis dan Kedah,” katanya.

Morad berkata, majlis itu diadakan untuk mengumpulkan waris dan susur galur keluarga Sharif Shah dari seluruh negara, selain untuk mengeratkan silaturahim di antara mereka. Menurutnya, bagi waris yang ingin menyertai PKSS boleh menghubungi setiausahanya, Khamis Ahmad di talian 019-5638253.

Sumber : Harian Metro