
Hasil usaha 'jelajah' pertubuhan ini telah membuktikan beberapa perkembangan dan keutuhan pertubuhan tersebut. Hari ini aku menerima panggilan telefon daripada saudara di Kedah berkaitan pertubuhan itu. Beberapa item yang telah berjaya dilaksanakan ialah t-shirt, topi, baju korporat, 'crown' dan sticker serta kad keahlian telah siap. Sejumlah bayaran perlu dibuat.
Tahniah, aku ucapkan kepada jawatankuasa Pertubuhan Kerabat Sharif Shah yang telah berjaya hingga ke tahap ini. Makanya, aku membuat sedikit kajian di internet berkaitan Pertubuhan itu. Ada juga kisah perjumpaan ahli-ahli pertubuhan tersebut dalam Harian Metro. Berkemungkinan besar Pertubuhan Kerabat Sharif Shah ini belum memasuki fasa alam maya. InsyaAllah, berkemungkinan Pertubuhan ini akan terus mengorak langkah untuk ke arah ICT.
*******
POKOK SENA: Lebih 300 ahli Pertubuhan Kerabat Sharif Shah (PKSS) dari seluruh negara mengadakan perjumpaan di Kampung Kepala Bendang, sempena Aidiladha, baru-baru ini.
Perjumpaan yang diadakan di rumah seorang ahli jawatankuasa pertubuhan itu, Ayob Saad, adalah kali kedua sejak enam bulan lalu di tempat sama.
Timbalan Pengerusi PKSS, Morad Daud, 64, berkata, mereka yang hadir ke perjumpaan itu ialah generasi keenam dan ketujuh Sharif Shah, gabenor keturunan Melayu dari Selatan Thailand yang memerintah wilayah Nakhon Sithamarat, Thailand, pada penghujung abad ke-18.
Morad berkata, Sharif Shah hanya mempunyai lima anak lelaki iaitu Koya Long, Koya Ngah, Koya Shuib, Koya Naichau dan Koya Fai.
“Terdapat kira-kira 4,000 keturunan Sharif Shah yang tinggal di merata tempat termasuk di Perak, Selangor, Kelantan, Perlis dan Kedah,” katanya.
Morad berkata, majlis itu diadakan untuk mengumpulkan waris dan susur galur keluarga Sharif Shah dari seluruh negara, selain untuk mengeratkan silaturahim di antara mereka. Menurutnya, bagi waris yang ingin menyertai PKSS boleh menghubungi setiausahanya, Khamis Ahmad di talian 019-5638253.
1 comment:
Nak join bulih ka....
Post a Comment