*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Tuesday, February 28, 2012

WARIS : Pertambahan kenalan waris WMS

Assalamuaikum WBT :

Hari ini aku membuka kantung email. Ada email yang agak menarik. Email ini juga menjelaskan masih kedapatan waris WMS yang belum ditemui. Ruangan maya juga adalah salah satu saluran untuk temui waris WMS. Alhamdulillah.

Aku memanjatkan doa kepada yang Esa agar dipertemukan dengan waris-waris WMS. Pertemuan ini akan cuba menyelongkar salahsilah yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak. Mana mungkin pihak Persatuan Sejarah Kedah untuk berusaha ke arah itu kerana tiada apa-apa kepentingan untuk tindakan tersebut. Begitu juga dengan orang lain yang tiada kaitan dengan waris WMS untuk membuat salasilah waris WMS. Mana mungkin..! Melainkan waris WMS sendirilah yang harus berusaha dan bersatu untuk merungkai waris WMS.



Terima kasih Sdra Zakaria Man yang menghubungi aku menerusi email. Diharapkan kita ada rezeki untuk ketemu suatu hari nanti. InsyaAllah, semoga Allah SWT perkenankan niat yang suci ini. Amin.

Dikhabarkan bahawa Sdra Zakaria ini adalah anak saudara Tok Hanafi.

Lantaran itu, dengan penuh harapan tinggi menggunung, mana-mana waris WMS lain yang berada serata di ceruk-rantau agar kita dapat bertaut suatu hari nanti. InsyaAllah...

7 comments:

khuzir said...

Assalamualaikum.....keluarga Wan Mat Saman
Kepada yang mencari keluarga Wan Teh atau Wan Teh Zaleha@Jeleha rumpun keluarga kita masih berada di Perak Bidor,Pulau Tiga dan Teluk Intan,PERAK.Wan Teh Jeleha berkahwin dengan Wan yeob Ibrahim b.Wan Mohd Zain.boleh hubungi kami jika perlu di nombor 056228016.Seronoknya jika keluarga salasilah Wan Mat Saman dapat berkumpul.

Amethyst Music Talent said...

Salam menurut cerita arwah tokwan kami dr keturunan wms. Tp sy xpernah brjmp dgn belah tokwan. Menurut cerita tokwan mansuhkn nama wan pd keturunan kami atas sbb2 dan peristiwa yg kami tidak ketahui. Nama arwah tokwan Jamaludin b hussin. Jika ada yg mengenali ttg salasilah kluarga kami tlg hubungi sy di amtshowbiz@gmail.com

Unknown said...

sama..nama yang dmnsuhkan..

Unknown said...

Askm wbt semua saudara..Salam takziah serta
Al fatihah utk sepupu saya Allahyarham Abdul khuzir b Abdul wahab yg telah kembali kerahmatullah pada tanggal 13/12/18 yg lalu..semoga Allah swt mencucuri Rahmat keatas Rohnya dan diletakkan dlm golongan org beriman dan beramal soleh mdpt keampunan darinya.Amin..

Ziera said...

Assalamualaikum..saya nazirah..anak bongsu kepada tokwan hanapi anak wan mat saman..untuk pengetahuan..tokwan hanapi sakit dan tidak bermaya lagi..jika sesiapa saudara mara dari keturunan wan mat saman nak melawat boleh la call di talian 011-14493936.

Anonymous said...

Aslmlkm admin.
Saya Rahani, tinggal di Kuala Nerang, Kedah.
Arwah bapa saya Puteh bin Mat Saman, pernah cerita tok wan saya bernama Wan Mat Saman dan tok saya bernama Wan Kamaliah.
Kata bapa tokwan saya kerja di istana dan ada kawan2 tokwan perli tokwan... org yg ada nama Wan keturunan lanun.
Kata bapa, tokwan marah dan anak2 tok wan, arwah pak chaq saya Hj.Ariffin, Saad, Tempawan dan bapa saya Puteh semua dah tak diletakkan nama Wan.
Kata bapa tokwan bgtqu setakat dia saja yg ada Wan.... anak2 tok wan dah tak diletakkan Wan.
Saya terpanggil utk mengetahui lebih lanjut lagi keturunan wms apabila saya dapat dua sumber yang agak bertepatan dari dua orang yg berbeza mengenai sejarah hidup tok wan saya.
Seorang yang bernama Syed Salim pernah tinggal dengan bapa saudara saya dan dia mengesahkan bahawa Wan Mat Saman adalah datuk saya dan katanya kesayangan almarhum Sultan Abd. Hamid.
Seorang lagi sahabat saya, seorang pesara dan pengkaji sejarah Kedah juga memberi maklumat yg meyakinkan saya bahawa Wan Mat Saman adalah datuk saya.
Cuma saya hanya tahu bahawa nenek saya bernama Wan Kamaliah dan tok wan saya berasal dari Alor Janggus.
Saya tidak pula tahu datuk saya ada lagi isteri lain selain nenek saya Wan Kamaliah.
Apabila dua hari lepas saya berpeluang mendapat maklumat keturunan wms baru saya tahu datuk atau tok wan saya ada empat isteri,
Tuan admin.... bagaimana caranya untuk saya hubungi semua waris keturunan WMS...?

Anonymous said...

Sye dari keturunan wan mat saman ..dari jalur mat bin Mohd nur ..generasi ke 5 dari wan mat saman .menetap Di Kampong kepayang Ipoh Perak .ingin mencari Salah silah keturunan ..harap satu Hari dapat bersua dari keturunan wan mat salam ..