*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Thursday, December 9, 2010

JURAI WMS : Satu Jurai Wan Mat Saman untuk disingkap

09.12.10 - Khamis

Salam sejahtera buat semua pembaca.

Hari ini, facebook aku terbuka tanpa aku di sisi laptop. Ada banyak chat yang terbuka. Malangnya, semua yang bertanyakan khabar telah offline. Agak sukar untuk aku membalas sapaan mereka kerana aku baru menjenguk laptop. Sedih sekali..

Aku agak terharu dengan seseorang yang memiliki semangat jitu dalam merungkai warisan merentasi sempadan. Kami juga berkenalan menerusi internet. Beliau juga telah bertandang dan menjengah TokWan Hanafi di Sik, Kedah. Beberapa persoalan dalam kepala kami adalah sama. Tetapi kami agak sukar rungkaikan beberapa elemen selagi belum cukup bukti-bukti yang sahih akan apa yang telah kami bincangkan.

Oleh itu, inilah sedikit catatan dalam chat di Facebook aku.

Salam, Dah dapat salasilah kami... uhu
Nanti kita boleh compare dan slot in mana yang hilang.
Kak S... tak leh nak chat today very busy, just to info you...

Terima kasih Kak S. Semoga kita akan ditemukan dengan keredhaanNya.. InsyaAllah.
Saya yakin kita akan ditemukan suatu ketika nanti...

3 comments:

Unknown said...

Tahun 1810 Kejayaan Kedah mengalahkan Burma mengembirakan Rama II dan baginda menganugerahkan gelaran Chao Phraya Saiburi kepada Sultan Ahmad Tajuddin.Sementara Laksamana Wan Muhammad Sidek turut menerima pujian dan anugerah dari Siam kerana keberaniannya serta
dinaikkan pangkat sebagai Dato’ Bendahara Kedah oleh sultan bergelar Seri Paduka Maharaja Sura.Jawatan Laksamana kemudiannya diganti oleh Wan Muhammad Long bergelar Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana.
Pelantikan Wan Muhammad Sidek sebagai Bendahara, Wan Muhammad Long sebagai Laksamana serta Wan Muhammad Musa sebagai Temenggong(iaitu datuk pada pengawal peribadi SultanAbdul Hamid Halim Shah iaitu Wan Jusoh bin Wan Abdullah@Luang Kocha Ishak) ...menjadikan kedudukan Wan menjadi penting di istana Kedah..

Laksamana Wan Ismail dilantik pada tahun 1822 bagi menggantikan bapanya; Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana yang terkorban
semasa mempertahankan Kota Kuala Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821.. Laksamana Wan Ismail bin Dato Laksamana Wan Muhammad Long telah berkahwin dengan Wan Sopiah,
anak kepada almarhum Bendahara Dato’ Seri Paduka Maharaja Sura Wan Muhamad Sidek; bekas Laksamana Kedah yang berjaya mengalahkan tentera Burma di Pulau Sanglang pada tahun 1810.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu yang sulung;
1.Wan Muhammad (Mat) Saman, dilantik menjadi Perdana Menteri Kedah yang pertama dari tahun 1870 hingga 1898.
Puteri kedua; Wan Hajar berkahwin dan menjadi permaisuri kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
II pada tahun 1863 (ayahnda dan bonda Sultan Abdul Hamid) semenjak perkahwinan itu keturunan Wan menjadi kerabat
yang semakin berpengaruh di istana Kedah. Anak ketiga Wan Ismail bernama Wan Fatimah dan anak
bongsunya bernama Wan Abu Bakar turut diberikan jawatan penting di istana

Unknown said...

Waris keturunan Wan Abu Bakar sekarang menetap dijok.Pk.Wan Abu bakar berkahwin kali ke 2 dengan Busu Atikah bt Meor Abdullah dari keturunan Bendahara Tun Perak Melaka.dari situ lahirlah secara tradisi jawatan Orang Kaya seri Adika diraja yang mewarisi secara turun temurun keturunan Pembesar delapan Perak.yg juga menpunyai pertalian susurgalur Waris WMS kedah.

Anonymous said...

Boleh dapatkan jurai Wan Abu Bakar + Busu Atikah. Didahulukan dgn ucapan terima kasih