*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Tuesday, September 21, 2010

Waris Keturunan Wan Mat Saman : Sila hubungi

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Wan Mohamamad Saman adalah seorang tokoh besar di Kedah suatu ketika dahulu. Pastinya, ada juga dalam kalangan kita yang pernah mendengar cerita lisan daripada ibu atau bapa, nenek atau datuk kita berkaitan salasilah keluarga sendiri yang ada susur galur berkaitan Wan Mohammad Saman. Cerita lisan itu hanyalah sekadar pemberitahuan dan penyampaian lisan sahaja.

Oleh itu, bagaimanakah untuk kita ketahui apakah cerita lisan yang disampaikan oleh ibu bapa kita, nenek atau datuk kita itu adalah benar atau rekaaan? Bagaimana pula untuk kita meneroka ruang cerita lisan itu di zaman ini.? Mampukah kita membuktikan bahawa jurai salasilah kita itu adalah ada kaitan dengan Wan Mohammad Saman? Bagaimana untuk kita mula meneroka?

Sebagaimana yang diketahui bahawa Wan Mohamad Saman ada memiliki ramai isteri di sepanjang hayatnya. Pastinya warisnya juga ramai dan berada di dalam negara mahupun di luar negara. Namun, bagaimana untuk kita mengenalpasti bahawa benarkah kita warisnya?. Oleh itu, marilah kita kenali jurai warisan dan keturunan. Singkaplah sejarah warisan dan dengan kenali diri sendiri.....Wallahualam..

Langkah-langkah prosedurnya:

Pastikan Sdra/Sdri :

1. Memiliki senaskah jurai berkaitan Wan Mohammad Saman sehingga ke generasi terkini. - disediakan berdasarkan cerita lisan dan masih ada tokoh tertua untuk menceritakannya.

2. Mampu bercerita akan salasilah berkaitan isteri Wan Mohammad Saman yang menjadi tunggak jurai anda.

3. Mampu menjalani dan menghadapi soal-selidik daripada panel penilai - oleh Tengku Zainol Abidin Rasyid (Kuala Ketil, Kedah).

Jika anda telah bersedia akan prosedur di atas, sila hubungi email saya yang tertera di atas. Marilah kita merungkai bersama-sama.

p/s : Harapan saya hanya satu iaitu waris keturunan Wan Moahammad Saman kembali bersatu dan mengenali antara satu sama lain demi mengeratkan silaturahim yang telah lama terputus.

Harapan kita, kita akan kembali bersatu..InsyaAllah...akan tiba masanya. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya... Wallahualam..

41 comments:

FeiLong TokBarongSiGuntang said...

In Syaa Allah ... amin,

Anonymous said...

Salasilah dah hilang.Terputuslah hubungan kita wahai adik beradikku keturunan WMS.Bak kata orang Kedah, dah jadi orang (orang lain) Apa nak buat, nak salahkan sapa.Mangsa keadaan......

ismail jaafar said...
This comment has been removed by the author.
ismail jaafar said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Nak tanya sikit ada sesiapa yg tahu sama ada WMS ni ada anak perempuan bernama Teh.. kerana dia adalah moyang saya.. contact saya

Anonymous said...

saya waris wms generasi yg ke 5..sudah 2 kali kami membuat pertemuan.pertama di kampung dulang yan.ke 2 di kota kuala muda..saya di fahamkan yang tok nyang saya dah meninggal.dan ibu dan bapa saudara sendiri yg menceritakan pada saya...wallahualam....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

As-salam saudara
Adakah tuan drp keluarga wan mat saman kedah?
Sila nyatakan susur jalur isteri wan mat saman yg mna?
1.isteri kedah
2.isteri padang rengas
3.isteri bidor..
Sila nyatakan nama isteri2 wan mat saman..
Sy berharap Tuan dapat sertakan no.telefon untuk di hubungi.
hubungi sy di no 0134989615

Unknown said...

As-salam saudara
Adakah tuan drp keluarga wan mat saman kedah?
Sila nyatakan susur jalur isteri wan mat saman yg mna?
1.isteri kedah
2.isteri padang rengas
3.isteri bidor..
Sila nyatakan nama isteri2 wan mat saman..
Sy berharap Tuan dapat sertakan no.telefon untuk di hubungi.
hubungi sy di no 0134989615

Unknown said...

J

Unknown said...

Salam susur galur mika dgn wan mat saman kedah dari isterinya yg mana?Teh bukan anaknya, menantu wan mat saman dari Bidor Perak @ Teh Saemah yg berkahwin dgn anak wan mat saman iaitu wan mat zin.Tuan skg menetap di mana? dan hubungi saya 0134989615.Pengesahan waris perlu dibuat kerana takut maklumat salasilah jadi bahan kajian mereka yg tak bertanggung jawab??.Maaf Wan Mat Saman TEGAS orangnya.

Suhail said...

ada buku salasilah wms. arkib kedah simpan. klau ada usaha nk sambung atau update salasilah amat baik sekali. baru ni blik kenduri di kedah mak pak menakan dok sembang tok2 dulu rajin p istana lama dpn masjid zahir rupanya jurai salasilah wms. dari jurai wan nah naik ke wan timah.

Suhail said...

lpas wan nah dan seterusnya sampai hari mi gelaran wan dh tiada. xtau pasaipa. arwah tok wan pun xpernah bgtau sbb musabab.

Unknown said...

Kalau tak salah saya wan mat saman mempunyai isteri bernama tok nah (penghulu) dan mempunyai anak bernama mat zin (anak saudaranya yang diambil menjadi ank angkat) dan waris warisnya berada di ank bukit.
Maaf sekiranya salah saya hanya mendengar cerita ini daripada tok saya

khuzir said...

Jangan hangpa tak tau keturunan Wan Mat Saman juga ramai berada di Perak.tok saya bernama Wan Zaharin bin Wan yeob Ibrahim.ada gambaq onyang saya jj Wan yeob Ibrahim b.hjWan Mod Zain,Tok Tanjana Pulau Tiga.Pera pada tahun 1955Hangpa nak cari susur galur cepatna sebab ramai orang tua dah meningai.sekian apa apa call ceq 0175593664.Ceq pun bukan tau sangat cuma opah ceq cerita yang salasilah kami ialah dari Kedah keturunan wan Mat Saman.wassalam

putra said...

Assalamualaikum. Mohon admin call sy untuk bertemu dan bercerita.. Sy difahamkan dri generasi 4 wan mat saman.. Dri jurai isteri wan mat saman iaitu wan kamaliah/wan meliah(nama tepat kurang pasti) hasil dri cerita tok menakan saja.. Mohon call sy bg sy dpt cerita yg sahih supaya tiada percanggahan dlm pencarian keturunan wan mat saman.. Sekian.. 0194341734(madi)

Unknown said...

assalamualaikum. saya ialah cucu kepada wan salim bin daim. mak kepada wan salim ini ialah wan tam binti mat saman. saya pon ada dengar cerita mcm2 tentang keturunan keluarga belah atuk saya ni. sekarang saya masih tertanya2, adakah benar kami ini keturunan waris wms. bila saya google, memang ada keluar nama wan tam anak perempuan kepada wms. adakah ianya benar? atuk saya sudah meniggal. yg boleh ceritakan sikit kisah ini adalah adik perempuan atuk saya yg masih hidup sekarang ni. dia berumur 76 tahun sekarang.mohon sesiapa boleh bantu.

Amethyst Music Talent said...

Salam sy mencari salasilah keluarga sy yg dikatakan dr keturunan wms. Sy ingin tau dimana kesahihannya. Tlg bantu sy jika ada yg tahu dan mempunyai maklumat. Arwah tokwan sy jamaludin bin hussin. Berasal dr kedah kemudian setelah berkahwin berpindah ke beruas dan menetap di semanggol perak sehingga akhir hayatnya.
Tlg pm sy di email utk lanjut.
amtshowbiz@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum...saya Abdul Aziz bin Ahmad..waris*(Haron Bin Wan Md Saman bin wan abdullah bin wan abd mutalib)*anak kepada Sabariah binti Haron..Haron bin Wan Mad Saman...berasal dri melaka...mak saya telah bercerita kpd saya yg bapanya bernama Haron bin Wan Mad Saman..semasa beliau merantau ke Melaka,beliau menukar gelaran diatas sebab2 yg tertentu..beliau telah membawa 3 org adik beradik bersama yg bernama Said bin Wan Mad Saman, Nyonya binti Mad Wan Saman,dan yg paling bongsu Manis binti Wan Mad Saman...sekiranya saya boleh dihubungi...sila tinggalkan nombor di komen seterusnya...Abdul Aziz(0166519271) saedah(01126345212) Faris (0108841848)

Unknown said...

Salam takziah dan Alfatihah utk sepupu saya Allahyarham Abdul khuzirb Abdul wahab yg telah kembali KeRahmatullah pada tanggal 13/12/18.

Unknown said...

Allahyarham Abdul khuzir ada menulis dlm blog ini.pada 16/5/2018 yg lalu.

Unknown said...

Askum... sy ni xpasti la keturunan wan mat saman.. umur sy 30... sy xtau salah silahnya... tp selepas arwah tok sy meninggal sy tgk surat mati dia tertera nama tok sy HAMIDAH BT ISMAIL B WAN MAT SAMAN B WAN ISMAIL... tu pn lepas jumpa surat group keturunan sharif shah/ tengku long putera hantar ke abah sy... abah sy mgkin tau tp xnak cerita kat sy...

Unknown said...

Saya dengar tok saya cerita ayah tok saya tu dulu anak angkat Wan mad saman...saya tak pasti betul ke tidak nama tok saya Siti Amirah binti md Zain...tok saya kata ayah tok saya dulu anak angkat Wan mad saman tapi tak tahu lah betul ka tidak...tok saya kawin dengan Ramli bin Din kalau tak silap nama tokwan saya...dulu tok saya tinggal di anak bukit.. sekarang tinggal di hutan kampung..nama ayah tok saya Md zain ...anak tok saya ada 11 orang..ada yg duduk di kampung anak bukit belakang istana anak bukit.. sekarang tok saya duduk dengan saya di hutan kampung...saya tak tahu betul ke tidak cerita ni...saya hanya kongsikan apa yg tok saya cerita...

Unknown said...

Siti Amrah...sorry typo

Anonymous said...

betul ke wan saman mempunyai ramai isteri dan salah seorangnya bernama hawa?

Unknown said...

saya dari keturuan wan mat tahir adik atau abg wan mat saman...

Anonymous said...

Saya org bidor, onyang saya adalah sepupu dgn WMS. tp, saya xtau nama onyang saya. Sbb dah lama meninggal. Prof Dr. Asiah Sarji tahu tentang salasilah ini.

Anonymous said...

Saya org bidor, onyang saya adalah sepupu kpd WMS. Sila hubungi 0175830574.

Unknown said...

Tahun 1810 Kejayaan Kedah mengalahkan Burma mengembirakan Rama II dan baginda menganugerahkan gelaran Chao Phraya Saiburi kepada Sultan Ahmad Tajuddin.Sementara Laksamana Wan Muhammad Sidek turut menerima pujian dan anugerah dari Siam kerana keberaniannya serta
dinaikkan pangkat sebagai Dato’ Bendahara Kedah oleh sultan bergelar Seri Paduka Maharaja Sura.Jawatan Laksamana kemudiannya diganti oleh Wan Muhammad Long bergelar Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana.
Pelantikan Wan Muhammad Sidek sebagai Bendahara, Wan Muhammad Long sebagai Laksamana serta Wan Muhammad Musa sebagai Temenggong(iaitu datuk pada pengawal peribadi SultanAbdul Hamid Halim Shah iaitu Wan Jusoh bin Wan Abdullah@Luang Kocha Ishak) ...menjadikan kedudukan Wan menjadi penting di istana Kedah..

Laksamana Wan Ismail dilantik pada tahun 1822 bagi menggantikan bapanya; Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana yang terkorban
semasa mempertahankan Kota Kuala Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821.. Laksamana Wan Ismail bin Dato Laksamana Wan Muhammad Long telah berkahwin dengan Wan Sopiah,
anak kepada almarhum Bendahara Dato’ Seri Paduka Maharaja Sura Wan Muhamad Sidek; bekas Laksamana Kedah yang berjaya mengalahkan tentera Burma di Pulau Sanglang pada tahun 1810.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu yang sulung;
1.Wan Muhammad (Mat) Saman, dilantik menjadi Perdana Menteri Kedah yang pertama dari tahun 1870 hingga 1898.
Puteri kedua; Wan Hajar berkahwin dan menjadi permaisuri kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
II pada tahun 1863 (ayahnda dan bonda Sultan Abdul Hamid) semenjak perkahwinan itu keturunan Wan menjadi kerabat
yang semakin berpengaruh di istana Kedah. Anak ketiga Wan Ismail bernama Wan Fatimah dan anak
bongsunya bernama Wan Abu Bakar turut diberikan jawatan penting di istana

Unknown said...

Alhamdulilah Tahniah kepada saudara semua.maklumat keluarga Dato seri Paduka Raja Laksamana Wan ismail yang agak terperinci dan Lengkap sebagaimana apa yang diceritakan dalam Sejarah Perang Musuh Bisik Kedah / Siam 1821 dulu yg menjadi bahan kajian Sejarah Negeri Kedah kini

Unknown said...

Sekadar pengkongsian bersama,saya dengan rendah hati mendapat makluman tentang Novel Sejarah diadaptasi dari Pengkisahan Sejarah Perang Musuh bisik kedah / Siam 1821 Melibatkan Tokoh Panglima Dato seri Paduka Raja Laksamana Wan ismail @ Panglima ismail telah diterbitkan pada tahun 2021 lagi dan dikeluarkan oleh saudara Pengarang Pak latif,hasil kajian Pengkaji Sejarah Negeri Kedah Tuan Shukri Janudin bersama rakannnya yang juga telah
mendapatkan Pengiktirafan dari PSMCK sendiri,sekarang berada dipasaran.bolehlah saudara,peminat Sejarah Negeri Kedah mendapatkan Novel Sejarah tersebut dishopee( Merungkai Sejarah apa yang terpendam) Terima kasih Semua..

Unknown said...

Tajuk Novel Panglima ismail

Anonymous said...

Saya pun dari keturunan Tok Tanjana, Pulau Tiga.ada berkait juga..tapi sy xpasti sejauh mana kesahihannya. Nenek moyang kami yg ceritakan pd kami.

Anonymous said...

Assalam Saya kenal keturunan wan mat saman tapi xpasti betoi ka dk ….

Anonymous said...

Tuan.. Keturunan adik WMS diBidor

Anonymous said...

Saya juga org bidor,keluarga Tuan masih lagi menetap dibidor lagi ker .sbb dah lama klga nie terputus hbgn dgn klga WMS..

Anonymous said...

Seperti tertera dalam salinan salasilah asal WMS..Tuan nie.. dari susurgalur Klga Wan Masroi yg juga adik Kepada
PM Kedah Dato Wan Mat Saman..

Mengikut cerita yang disampaikan dari mulut kemulut..oleh Moyang saya Toh Tanjana pahlawan Hj Wan Yeob Ibrahim b Hj Wan Mat Zain b Dato' Wan Mat Saman.Sewaktu Wan Mat Saman mula berhijrah dari Kedah keBidor Perak membawa sekali Adiknya Wan Masroi keBidor.Perak

Hubungan Klga saya dari Susurgalur Waris WMS diBidor Pk dengan Klga adik WMS iaitu Wan Masroi telah terputus hubungan sejak Moyang saya Hj Wan Yeob Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1952 lagi

Syukur Alhamdulillah..Kami bagi Pihak Klga Waris WMS diBidor dgn rasa bersyukur amat bebesar hati sekirannya Pihak Waris Klga Wan Masroi dapat menghubungi kami segera mencantumkan semula klga kita spt dahulu.dlm satu payung Wadah Waris Wms Kedah.Perpisahan yg tidak dirancangkan terpisah sekian lama disambungkan semula siratulrahim seperti dahulu

Sebagai info Waris Wms masih lagi menetap dibidor,Tk intan,Pulau tiga,ipoh dan sekitar lembah Klang

Prof Asiah Sarji kemungkinan besar dari Waris Wan Masroi

Sila hubungi saya Helmi ditalian 0125915029 untuk sebarang pertanyaan berkaitan salasilah klga kita.

Salam Ukhuwah dan Salam Ramadan Kareem 2023 untuk Semua Waris WMS dimana jua anda berada dan Wan Masroi dibidor

Wsalam wth wbt..



Anonymous said...

Saudara nie. rasanya. cicit kepada Toh Tanjana Pahlawan Hj Wan Yeob Ibrahim b Hj Wan Mat Zain b Dato' Wan Mat Saman,memang pun dari Susurgalur WMS Kedah.

Untuk makluman..Datuk atau Opah saudara adik beradik dengan Atok saya Wan Zaharin b Hj Wan Yeop ibrahim yg menetap di kg Melayu Padang Tembak Tk intan.boleh tak sdra perkenalkan diri Saudara mungkin saya kenal .Kita dari satu rumpun Klga dari Susurgalur yg sama dari Waris WMS Kedah.Alhamdulilah.

Anonymous said...

Boleh saudara nyatakan namanya..Klau ada Waris yang megenali

Blog Seram Anda said...

Saya ahmad farid saya keterunan long sadiah anak wan mat saman yg berkahwin dengan laksamana mohd amin. Waspp saya 0137837931

Anonymous said...

Salam..Keluarga belah mak saya pun ada kaitan dgn susur galur wan mat saman. Kami belah Perak, jika x silap isteri dari keturunan no 2/3..Mmg saya pun mencari juga saudara² yg berkaitan. Sebab kami anak muda ni tak berapa kenal dengan saudara kami