*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Tuesday, September 21, 2010

Waris Keturunan Wan Mat Saman : Sila hubungi

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Wan Mohamamad Saman adalah seorang tokoh besar di Kedah suatu ketika dahulu. Pastinya, ada juga dalam kalangan kita yang pernah mendengar cerita lisan daripada ibu atau bapa, nenek atau datuk kita berkaitan salasilah keluarga sendiri yang ada susur galur berkaitan Wan Mohammad Saman. Cerita lisan itu hanyalah sekadar pemberitahuan dan penyampaian lisan sahaja.

Oleh itu, bagaimanakah untuk kita ketahui apakah cerita lisan yang disampaikan oleh ibu bapa kita, nenek atau datuk kita itu adalah benar atau rekaaan? Bagaimana pula untuk kita meneroka ruang cerita lisan itu di zaman ini.? Mampukah kita membuktikan bahawa jurai salasilah kita itu adalah ada kaitan dengan Wan Mohammad Saman? Bagaimana untuk kita mula meneroka?

Sebagaimana yang diketahui bahawa Wan Mohamad Saman ada memiliki ramai isteri di sepanjang hayatnya. Pastinya warisnya juga ramai dan berada di dalam negara mahupun di luar negara. Namun, bagaimana untuk kita mengenalpasti bahawa benarkah kita warisnya?. Oleh itu, marilah kita kenali jurai warisan dan keturunan. Singkaplah sejarah warisan dan dengan kenali diri sendiri.....Wallahualam..

Langkah-langkah prosedurnya:

Pastikan Sdra/Sdri :

1. Memiliki senaskah jurai berkaitan Wan Mohammad Saman sehingga ke generasi terkini. - disediakan berdasarkan cerita lisan dan masih ada tokoh tertua untuk menceritakannya.

2. Mampu bercerita akan salasilah berkaitan isteri Wan Mohammad Saman yang menjadi tunggak jurai anda.

3. Mampu menjalani dan menghadapi soal-selidik daripada panel penilai - oleh Tengku Zainol Abidin Rasyid (Kuala Ketil, Kedah).

Jika anda telah bersedia akan prosedur di atas, sila hubungi email saya yang tertera di atas. Marilah kita merungkai bersama-sama.

p/s : Harapan saya hanya satu iaitu waris keturunan Wan Moahammad Saman kembali bersatu dan mengenali antara satu sama lain demi mengeratkan silaturahim yang telah lama terputus.

Harapan kita, kita akan kembali bersatu..InsyaAllah...akan tiba masanya. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya... Wallahualam..

Saturday, September 11, 2010

Kerabat Diraja Kedah : Majlis perjumpaan Kerabat di Tikam Batu

11.09.2010 - Sabtu

Aku menghadiri Majlis Suaikenal Kerabat Diraja Kedah dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010 di TIkam Batu, Sungai Petani, Kedah. Jamuan ini adalah bertujuan merapatkan waris kerabat Diraja Kedah yang dikatakan terpinggir dan diketepikan. Wallahualam.

Ramai yang hadir yang telah membuang gelaran Tengku di hadapan nama mereka sejak berzaman. Mereka berjaya mengumpulkan lebih 1000 orang waris di dalam sebuah dewan. Kehadiran adalah di luar jangkaan. Tahniah kepada pengelola.

Banner yang terpampang dalam dewan tersebut.

Kami baru tiba.

Sebahagian waris yang sempat bergambar






Bersama Pengerusi (YDP) Persatuan Kerabat Diraja Kedah

Penyokong yang hebat merangkap camerawoman.
(thanks mem besor)

Tuesday, August 24, 2010

Wan Mohammad Saman : Warisnya telah ditemui..

Ogos 2010 - Pada pertengahan Ogos, aku menerima email drp waris daripada Kedah. Ianya bersangkutan dengan waris Wan Mohammad Saman. Berkaitan itu, aku telah membuat entrinya di sini.

Pada 24 Ogos, hati aku terdetik untuk aku ke Sungai Petani, Kedah. Kenapa dan mengapa, aku sendiri tidak ketahui. Selepas Sahur, aku memaklumkan pada mem Besor bahawa aku akan ke Kedah. Tujuannya ialah untuk aku ketemu dengan pemberi email kepada aku.


Alhamdulillah, jam 2 petang aku tiba di sana. Bertemu dengan Abang Omar. Seterusnya aku dibawa ke rumahnya dan Abang Jan jga tiba tepat masanya. Pada jam 6 petang kami bergerak ke.... (aku dah ingat) untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama dengan waris-waris Wan Muhammad Saman. Ramai lagi waris yang aku ketemui.

Selepas berbuka, mereka menjalankan perbincangan untuk menjayakan Program Hari Raya bersama waris Kerabat Diraja Kedah. Aku sekadar mengikuti perbincangan itu tanpa sebarang kata-kata. Aku lebih berminat ketemu dengan beberapa orang yang dikatakan waris WMS.



Aku dikhabarkan bahawa anak WMS masih hidup dan berumur 100 tahun lebih. Wallahualam. Teringin sungguh untuk aku temuinya..






Rumusan pencarian aku kali ini.

Mereka berhajat merungkai waris kerabat Diraja Kedah yang telah diketepikan. Ramai dalam kalangan mereka yang telah membung gelaran Tengku dan Wan di hadapan nama mereka. Situasi ini berlaku akibat kekecewaan yang berlaku sesama keturunan waris Kedah sejak berzaman lagi.

Atas dasar itulah, mereka telah bergabung semula untuk mengumpul waris kerabat Diraja Kedah sejak kesultanan Sultan Muzaffar lagi. Setakat ini, dikhabarkan waris kesultanan Kedah sejak dulu hingga sekarang terdapat 29 generasi yang telah terpinggir dan diketepikan daripada warisan kerabat Diraja Negeri Kedah. Manakala dikhabarkan tentang keahlian Kerabat Diraja Kedah yang sediaada adalah tidak wajar kerana sebab-sebab tertentu yang tidak wajar dinyatakan di sini.

Berkaitan Wan Mohammad Saman (WMS) pula bukanlah namanya yang sebenar. WMS ada bernama Tengku Sulung yang terpaksa menukar nama akibat menjaga keselamatan dirinya. Manakala dikhabarkan juga bahawa WMS memiliki 7 orang adik beradik. Sejarah yang telah dipamerkan kepada rakyat Malaysia bahawa WMS memiliki 3 orang adik beradik sahaja. Itu adalah catatan sejarah dalam buku-buku yang boleh dibaca oleh setiap orang.

Juga dikhabarkan bahawa Long Jaafar, pembesar di Larut juga ada kaitan dengan WMS. Namun, isu ini aku kuran menarik untuk aku terokai..

Aku menjangkakan itulah hebatnya 'AUTA PENJAJAJH' dalam melakar sejarah negara kita dengan pakatan pemimpin ketika itu demi pangkat dan kuasa. Wallahualam.

Monday, August 16, 2010

MIMPI : Adakah satu realiti?

16.08.10 : Isnin

Salam Sejahtera dan Salam Ramadhan buat semua pembaca..

Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang sangat penting bagi aku dalam tempoh proses pencarian berkaitan 'Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan'. Hari ini seumpama langkah mula untuk terus meneroka dan merungkaikan jigsaw puzzle ini. Aku juga mengalami meremang seluruh badan sewaktu berbicara denagn seseorang hasil menyebut beberapa nama yang agak hebat.

Petang ini, sebelum berbuka, aku menyemak email aku. Mataku terpaku dan tertacap pada email yang ringkas tetapi padat. Aku membaca dengan teliti butiran berkaitan email tersebut. Ringkas dan padat! Aku hubungi nombor berserta nama yang tertera. Aku berbual. Agak mesra orangnya. Ketika ini juga aku meremang seluruh badan. Adakah ada connection berkaitan hal ini. Wallahualam.

"Sebenarnya, nama Wan Mat Saman tu ada nama kedua bagi tokoh yang kita kenal melalui sejarah tu. Nama sebenarnya ialah Tengku XXXXXXX." kata suara itu melalui corong telefon.

"Ishhh... ye ke bang?" tanya aku.

"Masih ada cucu waris Wan Mat Saman. Umurnya 100thn lebih. Matanya masih terang, suaranya masih jelas. Kita akan temuinya nanti. InsyaAllah." Kata suara itu melalui corong telefon.

"Bang, maaf cakap bang. Badan saya meremang seluruh badan ni. Mungkin ada connection yang tidak kita ketahui. Wallahulam." kata aku.

"Saya juga begitu. Seluruh badan juga ni." balas suara di dalam talian.

*******************
Ada beberapa perbincangan yang agak menarik antara kami berdua. Walaupun ringkas, tetapi amat menyentuh kalbu. Ada ebberapa maklumat yang masih aku perlukan untuk terus melangkah dalam penerokaan ini.

Akhirnya, aku teringat akan mimpi aku pada bulan lepas. Mimpi aku akan semakin jelas dengan pengkisahan penerokaan ini. MasyaAllah. Semoga Allah memberi hidayah dan terus membuka ruang-ruang sempit ini agar menjadi lebih luas dan terang. InsyaAllah.

Saturday, June 19, 2010

Wan Mohd Saman : Tiada warisnya?

Jun 2010 - Cuti sekolah bermula. Kedah menjadi negeri kunjungan aku. Panorama sawah terbentang seiring dengan identitinya, Negeri Kedah, Negeri Jelapang Padi. Pintu gerbangnya seolah-olah menerima kami sebagi tetamu.

Negeri Jelapang Padi.

Pintu Gerbang yang menerima tetamu yang hadir ke Kedah.

Kali ini, kami tiga beradik bergerak ke Jitra dan bermalam di rumah Farah. dan Ramli Sani. Kami bertujuan untuk terus Merungkai Warisan Merentasi Sempadan. Kali ini kami akan menyusur salasilah menerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsuddin telah dihubungi untuk membuat appointment. Kami bertemu di Pejabat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (bersebelahan dengan Muzium Negeri Kedah).

Pejabat Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Negeri Kedah

Kami telah ditunjukkan buku salasilah Wan. Buku tersebut sekadar mempamerkan Salasilah Wan Mohammad Saman (WMS) yang memlili dua orang isteri sahaja. Isteri pertamanya telah meninggal dunia dan berganti tikar dengan adik isteri pertamanya. Namun jodohnya tidak panjang dan mereka telah bercerai. Kedua-dua orang isteri WMS tidak memiliki waris (anak-anak).

Membelek buku sejarah Wasilah Wan .

Ini menjelaskan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah sendiri tidak memiliki data lengkap berkaitan sejarah WMS walaupun ianya seorang tokoh hebat di Kedah suatu ketika dahulu. Malahan setiap persoalan yang diutarakan kepada pengerusi persatuan sejarah tersebut, tiada jawapan dan ulasan. Mengapa?

Mengapa tiada jawapan atau ulasan? Adakah terdapat sesuatu fakta yang WAJIB disorokkan atau sememangnya Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah tidak mencari dan mengutip maklumat berkaitan waris WMS..

Bergambar bersama Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah .

Wallahualam. Perjalanan kali ini tidak memenuhi harapan dan persoalan... Pencarian akan diteruskan..

Berkenalan untuk jangkamasa panjang.

Thursday, April 22, 2010

Bertemu waris Mat Saman melalui alam maya

Salam sejahtera,

Laman Menjejaki Waris ini terhenti seketika kerana kesibukan dalam menyelesaikan tugasan seharian yang tak pernah reda. Itulah dinamakan selagi nyawa dikandung badan..

Alhamdulillah, berkaitan perkembangan menjejaki waris Mat Saman ini sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif.

Ingat lagi kata-kata Sdr Wan Mohd Noor yang aku ketemui di Kedah beberapa bulan lalu, isteri Wan Mat Saman 'berlori'. Istilah berlori itu adalah ramai bilangannya. Ini menjelaskan isteri-isteri Wan Mat Saman ada di serata ceruk negeri. Serata ceruk negeri ini hasil daripada sewaktu peerintahannya atau perpindahan isteri-isterinya ke serata ceruk rantau.

Kini, dengan adanya weblog ini, aku telah berjaya menjejaki 2 lagi waris Wan Mat Saman. Sebuah keluarga di Taiping , Perak dan sebuah lagi di Pahang. Insyallah, akan dihubungi semua pihak ini....

Semoga pertautan waris-waris ini akan memberi impak berkesan terhadap perjumpaan waris Wan Mat Saman. Insyaallah, agar usaha ini mendapat keredhaanNya dalam menjalin hubungan yang tidak pernah diketahui selama ini. Sementara ada lagi waris-waris tua yang mampu bercerita berkaitan salasilah..sangat-sangat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Saturday, March 6, 2010

Perbualan telefon

Salam sejahtera..

Hari ini aku menghubungi Sdr Abd Rahman yang berkunjung ke Kg Tok Arang, Kedah. Beliau dikatakan mengenali waris cucu sulung WMSaman yang berada di Kajang (jika tak silap - aku tidak memberi tumpuan pada maklumat lokasi sewaktu berbual). Sdra Abd Rahman menjemput aku ke pejabatnya di Shah Alam untuk membawa aku ke rumah waris cucu WMSaman.

Aku menghubungi Sdr Abd Rahman setelah aku menerima sms dr sdra d Kg Tok Arang. Smsnya berbunyi :

"Salam azlan, shbt baik pada cucu sulung WMS ada di rumah saya skrg........ "

Terima kasih pada saudara di Kg Tok Arang. Terima kasih sangat-sangat.