*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Wednesday, February 24, 2010

Dato' Hj. Wan Shamsudin Mohd. Yusof adalah seorang sejarawan yang tidak asing lagi di Negeri Kedah. Beliau dilahirkan pada 18 September 1932 di Taiping, Perak. Dato' Hj. Wan Shamsudin merupakan seorang pendidik yang telah bersara daripada perkhidmatan. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping pada tahun 1938 hingga tahun 1939 dan di Sekolah Melayu Sik, Kedah, pada tahun 1940 hingga tahun 1946. Kemudian, beliau menyambung pendidikan menengah di UMNO Express English School, Alor Star, Kedah pada tahun 1952 sehingga tahun 1955. Pada tahun 1949 sehingga tahun 1951, Dato' Wan Shamsudin melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak dan meneruskan pengajian ke Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur pada tahun 1960. Pada tahun 1970, beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya sehingga tahun 1973. Dato' Wan Shamsudin memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang pengajian Melayu dari Universiti Malaya.

Kerjaya :

Beliau telah berkhidmat sebagai guru di beberapa buah sekolah iaitu :

  • Sekolah Melayu Kuala Kupang, Baling (24 Mac 1948)
  • Sekolah Melayu Simpang Empat, Alor Star, Kedah (1951-1959)
  • Sekolah Inggeris Semenyih, Selangor (1961)
  • Sekolah Menengah St. Michael, Alor Star, Kedah (1962-1969)
  • Sekolah Menengah Pokok Sena, Kedah (1973-1979) sebagai Penolong Kanan.
  • Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, Alor Star, Kedah (1980-1984)
  • Sekolah Menengah Ayer Putih, Pendang Kedah (1984-1987) sebagai Pengetua.

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Ahli Lembaga Muzium Negeri Kedah (1982 - kini)
  • AJK Perhubungan ANGKASA Negeri Kedah (1982-1996)
  • Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (1985 - kini)
  • Ahli Sahabat Arkib (1987 - kini)
  • Ketua Satu Angkatan Sasterawan Nasional Kedah / ASASI (1989 - 1991)
  • Ahli Majlis Kebudayaan Negeri (1992 - kini)
  • Ahli Lembaga Koperasi Penulis Utara (1993 - kini)
  • Naib Yang Dipertua Persatuan Amanatul Muslimin Pengkalan Kapal
    (1994 - kini)
  • AJK Persatuan Bekas Pegawai Pendidikan Malaysia Cawangan Kedah (1996 - kini)
  • AJK Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (1996 - kini)
  • AJK Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
  • AJK Koleksi Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
  • Yang Dipertua Persatuan Wasilah WAN Kedah (1999 - kini)
  • Naib Presiden Persatuan Guru Bersara Kedah (1999 - kini).


Beliau merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Amanatul Muslimin Pengkalan Kapal semenjak tahun 1994.

Beliau menceburi bidang penulisan sekitar tahun 1950-an. Sebagai penulis, pada peringkat awalnya beliau menghasilkan cerpen, sajak, rencana, bahasa, sastera dan sejarah dalam media massa. Beliau sebenarnya lebih cenderung dalam bidang penulisan sejarah. Ini berdasarkan kepada kejayaan beliau menghasilkan buku Sejarah Tanah Melayu yang diterbitkan pada tahun 1966 dan tahun 1968 dan pernah dipilih sebagai buku teks sekolah di negara Brunei Darussalam. Manakala buku Sejarah Sastera Melayu Moden Sejak Tahun 1800 telah diulang cetak sebanyak tiga kali menjadi rujukan calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Selain itu, beliau juga menulis di ruangan khas Bulan Ini Dalam Sejarah untuk akhbar Warta Darul Aman, terbitan Kerajaan Negeri Kedah.

Manakala hasil karya beliau terdiri daripada 'Dari Pulau Adang ke Pulau Tiga' iaitu kumpulan artikel yang dipetik daripada majalah, kertas kerja, buku cenderamata dan akhbar, penyelidikan mengenai khazanah kesusasteraan Kedah seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Terung Pipit, Syair Sultan Maulana dan Puteri Lindungan Bulan. Hasil karya beliau yang lain ialah Pemuliharaan dan pendokumentasian dokumen dan manuskrip seperti Hukum Kanun Dato' Kota Setar, Geran-geran tanah Kerajaan Kubang Pasu Darul Qiyam, Panji-panji perang kepunyaan Dato' Pekerma Ali, Dua pucuk surat Sultan Mohamad Jiwa II 1773 dan Surat-menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan oleh Kerajaan pingat dan darjah kebesaran, iaitu A.M.N (1983), B.C.K (1985), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1987, B.M.S (1990), Anugerah Karyawan Dedikasi Warta Darulaman 1991 dan 1992, Tokoh Guru Negeri Kedah 1993, Tokoh Guru Kebangsaan 1994 ,D.S.D.K. dan Tokoh Sejarah Kedah 1999.

Monday, February 22, 2010

Penambahan Maklumat..

Empat buah buku terbitan DBP yang diorder secara online dan dikendalikan oleh Dawama Sdn Bhd.

Hari ini aku order empat buah buku di DBP secara online. Ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan berkaitan isu yang yang sedang dirungkaikan. Sekiranya maklumat yang bakal diperoleh tidak menepati dengan isu yang dirungkaikan, setidak-tidaknya boleh menambahkan pengetahuan asas berkenaan sejarah dulu-dulu. Entahkan benar atau tidak tentang sejarah yang digarapkan dalam buku yang dibeli, Wallahualam...

Saturday, February 20, 2010

Sejarah Golongan 'Wan'...

......... Golongan Wan juga tidak kurang pentingnya di Kedah. Peranan golongan ini tidak sahaja terhad di Kedah tetapi juga di beberapa buah negeri di Tanah Melayu dan selatan Siam. Di Pahang, golongan Wan telah berjaya mengasaskan kesultanan yang merdeka dan kekal hingga sekarang. Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimanakah munculnya gelaran Wan dalam masyarakat melayu. Walau bagaimanapun, nama ini dapat dikesan dalam hikayat Melayu lama.

Mengenai gelaran Wan di Kedah, ada dua versi yang ditemui. Cerita pertama mengatakan gelaran ini digunakan di Kedah untuk orang Melayu peranakan India yang mendapat kedudukan penting dalam masyarakat. Istilah ini diambil daripada perkataan 'bagwan'. Teori ini agak munasabah memandangkan peranan orang 'Chulia' memang penting dalam masyarakatKedah sejak beberapa lama.

Versi kedua mengatakan golongan ini muncul daripada kerabat diraja yang tersingkir akibat menderhaka kepada Sultan. Golongan Wan memang mempunyai kedudukan penting di Kedah terutamanya sebelum perang duan kedua. Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan sitana menerusi perkahwinan. Pengaruh golongan Wan ternyata amat penting semasa zaman pemerintahan Siltan Ahmad Tajuddin III setelah golongan ini berjaya menabalkan baginda sebagai sultan.

Sumber:
Mohammad Isa Othman, 1990, Politik Tradisional Kedah 1681-1942, Selangor : Dewan Bahasa dan Putaka

Tak Sesungguh Seluang Melaut


Ada sedikit sebanyak menceritakan perihal sejarah WanMat Saman.. Cukup menarik dan terkesan.

WMS : Bapa Pembangunan Kedah

Utusan Malaysia : 22/6/2008
Oleh : Siti Fatimah Mohamed Anwar

CATATAN sejarah menunjukkan Kedah sejak beratus tahun lalu adalah negeri pertanian dengan padi menjadi tanaman utama penduduk. Ia disebabkan keadaan bentuk muka bumi negeri itu yang rendah dan pamah menjadikannya amat subur untuk tanaman padi.

Di samping pertanian, Kedah juga dikatakan unggul sebagai destinasi perdagangan di rantau ini apabila menjual bijih timah, lada hitam dan gajah untuk kenderaan dan pengangkutan. Bagaimanapun, apabila Pulau Pinang dijajah Inggeris pada 1786, kesibukan Kedah sebagai negeri perdagangan bertukar menjadi sepi.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof, berkata namun selepas kelahiran Wan Muhammad Saman Wan Ismail, pada 1830-an yang kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri Kedah yang pertama (kini jawatan itu dikenali Menteri Besar), membuka lembaran baru kepada Kedah.

Lahir di Alor Janggus, kira-kira sembilan kilometer dari bandar raya Alor Star pada 1830-an, Wan Muhammad Saman mendapat pendidikan asas dalam pengajian al-Quran ketika kecil. Sesuai dengan zaman itu, beliau juga diajar ilmu berperang dan boleh bertutur bahasa Thai. Kemampuan cemerlang Wan Muhammad Saman itu mendorong Sultan Kedah ketika itu, Sultan Ahmad Tajuddin III memilihnya mengiringi baginda ketika melawat Siam pada 1865 untuk meninjau pembangunan di negara Gajah Putih itu.

Melihatkan kepada keupayaan dan kemampuannya yang luar biasa, Sultan Ahmad Tajuddin III mewujudkan satu jawatan Perdana Menteri pada 1870 dan melantik Wan Muhammad Saman yang juga ipar baginda untuk menyandangnya. Beliau berkata, dengan jawatan itu, Wan Muhammad Saman melaksanakan pelbagai perubahan dalam pentadbiran Kedah. Pertama, menyelaraskan semua pemerintahan di bawah pentadbirannya. Dalam hubungan itu, beliau menjadikan Alor Star sebagai pusat pentadbiran negeri. Wan Muhammad Saman dikatakan berazam mahu mengembalikan kegemilangan Kedah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang tersohor di rantau ini.

Dibantu oleh menteri keempat, kelapan, ke-16 dan pembesar daerah, beliau sering bermesyuarat di Balai Besar, Alor Star bagi mencari idea baru membangunkan ekonomi. Beliau juga dikatakan akan menasihatkan Sultan menyingkirkan pembesar daerah tertentu sekiranya tidak sesuai memikul tanggungjawab baru serta bertindak sebagai penasihat peribadi Sultan dalam semua aspek pembangunan. Wan Muhammad Saman menyerahkan pentadbiran hal-ehwal orang Cina kepada kapitan Cina.

Hasil pertambahan pengalaman selepas melawat Pulau Pinang dan Siam pada 1865, beliau melancarkan pelbagai program pembangunan di Kedah. Usaha pertama ialah memberi peluang kepada orang Cina membuka kebun kopi, kebun pala dan kebun cengkih di Bukit Pinang. Usaha itu sedikit sebanyak dapat merancakkan ekonomi negeri.

Dasar pembangunan yang dibawa Wan Muhammad Saman dikatakan amat serasi dengan zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III yang menubuhkan sekolah Melayu pertama di Padang Lepai, Kota Setar pada 1861, membina jalan raya, memperkenalkan rawatan perubatan moden dengan mengambil seorang doktor dari Madras selain menggalakkan saudagar asing dari India dan Cina menjalankan perniagaan di Kedah.

Beliau turut membesarkan bandar Alor Star sehingga berkembang ke Anak Bukit dan Langgar. Pelbagai insentif diberikan kepada saudagar asing supaya melabur di Kedah. Turut dibangunkan ialah jalan raya dan titi batu di Sungai Alor Merah. Pembangunan pesat itu memerlukan lebih ramai buruh dibawa masuk dari China dan India.

Dalam bidang pendidikan pula, Wan Muhammad Saman mendirikan banyak sekolah untuk rakyat. Beberapa sekolah Melayu didirikan di Changlun (1892), Kulim (1896) dan Alor Star (1898). Mata pelajaran yang diajar ialah menulis, membaca jawi, kira-kira dan ilmu alam. Guru khas mengajar Bahasa Thai juga disediakan.

Ketika melawat Siam, beliau tertarik dengan pelbagai terusan yang menjadi jalan perhubungan serta pengangkutan di Bangkok. Ini menimbulkan ilham kepadanya untuk membina sebatang terusan di Kedah bagi mengemaskan sistem tali air di negeri itu. Wan Shamsudin berkata, iltizam yang tinggi bagi melihat hasil padi ditingkatkan, Wan Muhammad Saman mengerah penduduk kampung menggali terusan sepanjang 35 kilometer dari kaki Gunung Jerai di Kuala Muda hingga ke Tandop, Alor Star. Saliran itu lebih dikenali sebagai Terusan Wan Mat Saman dan dikatakan terusan terpanjang di dunia yang digali menggunakan tulang empat kerat. Kerja pembinaan terusan itu dikatakan membabitkan lebih 5,000 tenaga penduduk tempatan.

Terusan selebar enam meter dan sedalam 2.5 meter itu terbukti mampu menambah hasil padi ketika itu dan hasilnya, pada 1969 tercetuslah idea untuk memperbaiki sistem saliran oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Selepas melalui pelbagai kesukaran, terusan itu berjaya disiapkan pada 1896, sebelum Wan Muhammad Saman meninggal dunia dua tahun selepas itu. Kegigihan Wan Muhammad Saman memajukan Kedah melalui pelbagai idea baru ketika itu, tidak hairanlah beliau digelar Bapa Pembangunan Kedah oleh ramai sejarawan.

************************
Info
Wan Muhammad Saman
* Lahir pada 1830-an di Alor Janggus, dekat Alor Star.
* Mendapat pendidikan agama dan al-Quran, tetapi bijak dalam merancang strategi pembangunan negeri sehingga mendapat kepercayaan Sultan Kedah ketika itu, Sultan Ahmad Tajuddin III.
* Giatkan aktiviti ekonomi di bandar Alor Star dengan membina lebih banyak kedai dan menggalakkan kedatangan pedagang Cina.
* Memberi sumbangan dalam membangunkan bandar Alor Star dan aspek pendidikan.
* Membina Terusan Wan Mat Saman sepanjang 35km dari kaki Gunung Jerai di Kuala Muda hingga ke Tandop, Alor Star.

Friday, February 19, 2010

"Wan" : Mengapa lenyap?

Mengapakah ada waris Wan Mat Saman tidak lagi menggunakan istilah 'Wan' di hadapan nama mereka? Inilah sedikit sebanyak yang dapat aku perolehi buktinya.

"Demi keselamatan, semua keturunan Pekerma Jaya selepas Wan Mat Saman hingga sekarang tidak lagi menggunakan nama "Wan" bagi mengelakkan dikesan dan dibalas dendam," kata Ahmad Ayob.

Asasnya, anekdot ini memiliki konotasi yang bermakna. Malah impaknya cukup besar dalam menjelaskan persoalan bahawa kenapa waris Wan Mat Saman tidak lagi menggunakan nama "Wan" di hadapannya. Beberapa persoalan lainnya yang muncul....

1. Adakah penama-penama yang memiliki "Wan", bukan keturunan Wan Mat Saman?

2. Apakah kaedah untuk membuktikan bahawa waris WMS yang tidak memiliki gelaran "Wan" adalah waris sebenar Wan Mat Saman?

Marilah kita teroka hingga ketemu jawapan di akhir pencarian ini......

Merungkai Waris : Bermulanya Di sini - 4

Selasa : 16.02.10

Dalam dangau sambil berbual dengan MakWan (bekas tukang masak dalam istana kedah)

Abang-abang Makwan.
Gambar atas, tengah : Dikatakan hampir serupa dengan wajah Mat Isa
(Makluman Makcik Embun)

Gambar beramai-ramai bersama anak-cucu MakWan

Wajah-wajah lembut saudara-mara yang ditemui.

Gambar bersama adik bongsu Makwan bernama Wan Nang
Gambar berserkop hitam dan berbaju bunga putih purple ( Wan Nang)

Bersama Wan Mohd Nor, anak MakWan di Kg Pulau Tengah

Azian menyerahkan e-book Projek Bai'ah Hierarki bertemakan "Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan"

Bersama Bangcik Brahim dan Kakcik

Berlatarbelakangkan Terusan Mat Saman yang sudah tidak dijaga.

Sudah tiba di Pantai Remis. Berbual di warung kat Sungai Batu bersama Hj Azman. Hampir jam 2.30 pagi.