*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Saturday, February 20, 2010

Sejarah Golongan 'Wan'...

......... Golongan Wan juga tidak kurang pentingnya di Kedah. Peranan golongan ini tidak sahaja terhad di Kedah tetapi juga di beberapa buah negeri di Tanah Melayu dan selatan Siam. Di Pahang, golongan Wan telah berjaya mengasaskan kesultanan yang merdeka dan kekal hingga sekarang. Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimanakah munculnya gelaran Wan dalam masyarakat melayu. Walau bagaimanapun, nama ini dapat dikesan dalam hikayat Melayu lama.

Mengenai gelaran Wan di Kedah, ada dua versi yang ditemui. Cerita pertama mengatakan gelaran ini digunakan di Kedah untuk orang Melayu peranakan India yang mendapat kedudukan penting dalam masyarakat. Istilah ini diambil daripada perkataan 'bagwan'. Teori ini agak munasabah memandangkan peranan orang 'Chulia' memang penting dalam masyarakatKedah sejak beberapa lama.

Versi kedua mengatakan golongan ini muncul daripada kerabat diraja yang tersingkir akibat menderhaka kepada Sultan. Golongan Wan memang mempunyai kedudukan penting di Kedah terutamanya sebelum perang duan kedua. Mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan sitana menerusi perkahwinan. Pengaruh golongan Wan ternyata amat penting semasa zaman pemerintahan Siltan Ahmad Tajuddin III setelah golongan ini berjaya menabalkan baginda sebagai sultan.

Sumber:
Mohammad Isa Othman, 1990, Politik Tradisional Kedah 1681-1942, Selangor : Dewan Bahasa dan Putaka

No comments: