*************************************************************
:: UNTUK MAKLUMAN PEMBACA ::


Dengan rasa rendah diri, saya memohon sokongan semua pihak
yang ada maklumat berkaitan Waris Wan Mat Saman
untuk Merungkai Waris, Merentasi Sempadan...

Sila hubungi saya
azlanlinn@yahoo.com

*************************************************************

Wednesday, February 24, 2010

‘Wan’ diseru sertai Pertubuhan Wasilah Keturunan Wan

ALOR STAR – Pertubuhan Wasilah Keturunan Wan Kedah (PWKWK) membuka peluang kepada mereka yang berasal dari Keturunan Wan Kedah untuk menjadi ahli pertubuhan itu.

Yang Dipertua PWKWK, Wan Ismail Wan Daud berkata, keturunan Wan Kedah terdiri daripada mereka yang bergelar Wan, Tunku, Syed, Ku, Sharifah, Nik, Raja atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gelaran di awal nama tetapi berketurunan darah Wan Kedah sebelah ibu dan bapa.

"PWKWK kini mempunyai seramai lebih 200 ahli Keturunan Wan Kedah dan angka itu akan bertambah sekiranya lebih ramai Keturunan Wan Kedah menjadi ahli pertubuhan ini," jelasnya.

Menurutnya, setiap tahun PWKWK akan mengadakan Perhimpunan Keluarga Keturunan Wan Kedah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ujarnya, perhimpunan yang diadakan itu akan membabitkan semua Keturunan Wan Kedah di seluruh Negara.

Wan Ismail berkata, perhimpunan itu diadakan bertujuan memberi peluang kepada Keturunan Wan Kedah mengenali dan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli, bolehlah menghubungi penyelaras program itu, Wan Bakhri Wan Taib di talian 012-4589009

** Sumber : WartaKedah

2 comments:

Anonymous said...

Salam.. sebelah ibu saya, berketurunan Wan Mat Saman..

Ibu saya, Sara Bt Saad Bin Wan Shaari Bin Wan Shaarif Bin Wan Mat Saman

Unknown said...

Isteri saya keturunan Tunku Mahmud anak saudara kepada Tunku Kudin(menantu kepada Sultan Abdul Samad Selangor.Mungkin Tunku Mahhmud ini yang maknya bernama Wan Hajar Binti