Assalamualikum...
Catatan kalam 'Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan' bermula di sini. Projek BH ini asasnya untuk mencari waris-waris Mat Saman Hulubalang dan mencari kebenaran bahawa waris Mat Saman Hulubalang adalah waris daripada Wan Mohd Saman, Perdana Menteri (Menteri Besar) Kedah. Selain mencari kesahan fakta ini, waris-waris Mat Saman akan terkumpul secara nyata. Mulakan pencarian....
**************************************
Pertengahan 2009, pertemuan 4 beradik di Pantai Remis telah mencetus pencarian demi pencarian. Bang Mad, Kak Yah, Teh dan Bang Ndak merungkai 'ceritera lisan' arwah emak selama ini iaitu:
'Toknek hangpa adalah Mat Saman Hulubalang Kedah'.Catatan kalam 'Merungkai Warisan, Merentasi Sempadan' bermula di sini. Projek BH ini asasnya untuk mencari waris-waris Mat Saman Hulubalang dan mencari kebenaran bahawa waris Mat Saman Hulubalang adalah waris daripada Wan Mohd Saman, Perdana Menteri (Menteri Besar) Kedah. Selain mencari kesahan fakta ini, waris-waris Mat Saman akan terkumpul secara nyata. Mulakan pencarian....
**************************************
Pertengahan 2009, pertemuan 4 beradik di Pantai Remis telah mencetus pencarian demi pencarian. Bang Mad, Kak Yah, Teh dan Bang Ndak merungkai 'ceritera lisan' arwah emak selama ini iaitu:
Pertemuan empat orang adik-beradik ini telah menjadi asas untuk merungkai babak sedih yang dilalui oleh Mat Isa dan Abas (anak-anak Mat Saman) di tahun 1890-1900. Babak sedih ini adalah tonggak pencetus Projek Bai'ah Hierarki. Babak sedih ini juga berkonsepkan 'membawa diri' dari Kedah ke Pantai Remis, Perak (Kg Tebuk Yan dan Sungai Batu).
Oleh itu, waris utama di Kg Lubuk Boi, Yan harus diketemui agar cerita lisan jurai Mat Saman terungkap dan dibuat catatan. Azian (Bang Ndak) diberi tanggungjawab untuk mencari waris tersebut kerana Azian pernah ke Kg Lubuk Boi bersama arwah emak di awal tahun 1990-an.
Alhamdulillah, waris utama di Kg Lubuk Boi, Yan telah berjaya ditemui oleh Azian (Bang Ndak). Waris tersebut ialah Makcik Embun. Babak permulaan untuk penerokaan telah berlaku.
No comments:
Post a Comment